
Telekung merupakan “perhiasan” bagi setiap wanita Muslimah untuk melaksanakan rukun islam kedua. Ia bertujuan untuk menutup aurat wanita dengan sempurna dan selesa semasa solat.
Kini, pakaian solat ini telah banyak di-inovasi untuk mendapatkan reka bentuk yang menarik serta pemilihan kualiti kain yang bermutu bagi memastikan keselesaan pengguna.
Ramai diantara kita membeli telekung bukan hanya untuk kegunaan diri sendiri, malah, menjadi produk yang popular untuk diberikan sebagai hadiah kepada insan yang tersayang.
Oleh itu, pemilihan telekung sangat dititikberat daripada pelbagai faktor untuk menjadikan telekung yang terbaik untuk beribadah kepada Allah SWT.
Oleh itu, pemilihan telekung yang berkualiti amat dititikberatkan daripada pelbagai faktor agar ibadah solat kita diterima oleh Allah SWT.
Ciri-ciri Telekung Yang Baik
Memiliki telekung yang selesa sangat penting untuk memastikan diri sentiasa khusyuk ketika beribadat.
Pemilihan material yang sejuk dapat mengelakkan diri daripada berpeluh dan menyebabkan ketidakselesaan.
Jenis Kain
Bagi yang gemar berjalan-jalan pasti memerlukan kain telekung yang tidak mudah renyuk walaupun dilipat menjadi kecil.
Kini, banyak telekung telah dijual bersama mini sejadah dan pouch bag untuk memudahkan travel.
Kemasan Jahitan
Siapa pernah ada telekung tetapi jahitan yang tak kemas dan mengakibatkan kain mudah terlondeh ketika solat?
Sebelum membeli telekung, anda perlu pastikan jahitan, terutamanya di bahagian muka dan pinggang kemas supaya kain tidak terjatuh dan longgar.
Kebanyakan wanita akan memilih material yang berkualiti tinggi dengan teknik jahitan yang kemas demi keselesaan semasa beribadat.
Kain Bergetah
Mungkin zaman dahulu kain telekung perlu diikat. Tetapi, dengan perubahan yang semakin moden, kebanyakan kain telekung sudah mempunyai getah untuk pelbagai jenis saiz.
Dengan memilih kain yang bergetah akan membuatkan para wanita berasa lebih selesa dan tidak perlu risau jika kain terlondeh ketika solat.
Jenis Material Yang Sesuai Untuk Telekung
Pemilihan fabrik untuk telekung perlu dipilih dengan teliti. Ini kerana material bagi kain telekung akan menentukan keselesaan kepada pengguna.
Terdapat 5 jenis contoh material yang sesuai untuk telekung seperti:
Crepe
Material jenis crepe adalah sejenis kain daripada sutera dengan permukaan yang menggerutu tetapi agak lembut dan nipis.
Kelebihan kain crepe ini mudah dijaga dan tidak berkedut.
Selain itu, fabrik crepe ini sesuai untuk dibuat sebagai telekung kerana rasa selesa dan sejuk untuk dipakai semasa melakukan ibadah.
Pelbagai jenis fabrik crepe seperti cey cutting crepe, cotton crammed crepe, satin crepe dan poly crepe yang digunakan sebagai kain telekung.
Cotton
Kain cotton diperbuat daripada serat kapas. Ia merupakan sejenis fabrik yang sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca di Malaysia yang panas dan lembab.
Material cotton memberi keselesaan kepada pengguna kerana ia memberi pengudaraan yang baik kepada kulit.
Fabrik ini mempunyai pelbagai jenis kain cotton seperti cotton jepun, silk dan paris.
Cotton Jepun
Kain cotton jepun antara fabrik yang ekslusif kerana ia berkualiti, ringan dan halus.
Material ini sangat sesuai digunakan untuk telekung terutamanya warna putih kerana permukaan kain yang lebih halus dan menyerap peluh
Cotton Silk
Cotton silk mempunyai dua jenis iaitu tebal dan nipis.
Bagi fabrik jenis ini, permukaannya lebih berkilau tetapi daya menyerap peluh yang kurang berbanding cotton jepun.
Cotton Paris
Material cotton paris mempunyai ciri-ciri yang sama dengan cotton jepun namun lebih nipis, ringan dan membuatkan kain ini mudah mengerbang ketika ditiup angin.
Lycra
Lycra antara menjadi kain yang popular bagi penggunaan telekung.
Kain lycra atau spandex mempunyai sifat elastik yang boleh merenggang dengan kuat dan memiliki ketahanan yang tinggi ketika menggosok.
Chiffon
Kain chiffon diperbuat daripada sintetik fiber, kapas, dan sutera. Material ini mempunyai tekstur yang ringan dan lembut, namun ia bersifat transparent.
Pelbagai jenis chiffon yang terdapat di pasaran seperti chiffon goldline, georgette, sutera dan double chiffon yang sesuai dijadikan sebagai telekung.
Semi Sutera
Antara material kain yang menarik untuk digunakan sebagai telekung adalah semi sutera kerana ia lembut, ringan, licin dan nampak berkilat.
Telekung yang diperbuat daripada semi sutera akan nampak lebih cantik apabila dihiasi dengan sulaman bunga berwarna-warni.
Kain ini sangat sesuai dijadikan sebagai telekung travel kerana ringan dan mudah untuk dibawa dimana-mana sahaja.
Artiker berkaitan: Blouse Muslimah
Pilihan Telekung Di Mily Maryam
“Apa yang uniknya koleksi telekung di Mily Maryam?”
Pasti anda tertanya-tanya mengenai unique selling proposition (USP) yang ada pada Mily Maryam, kan?
Jom, kami akan kongsikan info tersebut pada ruangan di bawah:
Khimar Jemima
Khimar Jemima merupakan antara koleksi yang lengkap untuk memenuhi keperluan beribadah.
Ia selesa untuk dipakai ketika solat kerana mempunyai satu set dengan seluar longgar yang berpoket.
Jadi, Khimar Jemima sangat sesuai untuk wanita yang melakukan umrah atau digunakan ketika ketika.
Koleksi ini diperbuat daripada kain cotton crammed crepe yang berkualiti. Kainnya yang sejuk dan lembut tidak menimbulkan iritasi pada kulit.
Selain itu, material yang ringan ini juga bersifat cepat kering. Jadi, anda tidak perlu risau jika ia basah dek terkena air hujan. Ia boleh kering dalam masa yang singkat.
Jubah Saroja
Dengan hanya sekali sarung, dah siap untuk dibawa solat. Jubah Saroja sangat memudahkan pemakai terutamanya ketika travel.
Apa yang menariknya koleksi ini mempunyai butang dan penyangkut di bahagian tepi.
Ini bertujuan untuk memendekkan kelabuhan telekung.
Jadi, pemakai boleh berjalan tanpa riasu kain kotor "menyapu" lantai.
Telekung Jubah Sarah
Telekung jubah Sarah mempunyai 10 warna menarik seperti mint green, blue black, white, lilac dan soft brown.
Dengan material cey cutting crepe membuatkan kain itu tidak melekap pada badan.
Ini membuatkan si pemakai rasa lebih selesa untuk memakainya ketika travel dan beribadat.
Telekung jubah Fatema
Koleksi jubah telekung Fatema dilengkapi dengan set mini beg dan sejadah.
Nak pergi shopping dengan hanya mini bag ini pun sudah cukup convenient.
Terdapat 11 jenis warna yang menarik bagi koleksi ini antaranya emerald, olive, blue black dan maroon.
Jubah Sabreena
Antara koleksi yang paling unik dan menarik di Mily Maryam adalah Jubah Sabreena.
Dengan gabungan jubah dan shawl memudahkan si pemakai untuk bersiap dengan lebih cepat.
Yang lagi best, jubah Sabreena dibuat dari fabrik cey crammed yang sejuk dan selesa walau dipakai seharian.
Jadi, berikut merupakan 5 pilihan telekung yang luar biasa di Mily Maryam.
Seperti 2 in 1, koleksi yang dinyatakan di atas boleh dipakai ketika anda travel mahupun ketika beli-belah.
Jangan risau, material yang dipilih semestinya tidak melekap pada tubuh badan.
Kami di Mily Maryam sangat menitik-beratkan kualiti telekung yang menepati piawaian syari'ah.
Jadi, klik pada pautan di bawah ini untuk dapatkan telekung pilihan hati anda sekarang!