icon-search

Blouse Muslimah: Jatuh Cinta Dengan Brand Mily Maryam!

Blouse Muslimah: Jatuh Cinta Dengan Brand Mily Maryam!

Dengan perkembangan dunia fesyen, anda boleh temui pelbagai pilihan baju muslimah, antaranya ialah Mili Maryam.

Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan Internet, tiada apa yang mustahil. Kita boleh membuat carian dengan teknologi ini di hujung jari sahaja. 

Nak cari baju muslimah yang berkualiti, menepati syariah pada harga mampu milik? 

Sudahkah anda pilihan ini di butik muslimah Mily Maryam? 

Jom baca artikel ini sehingga habis! Pasti anda akan jatuh cinta dengan brand Mily Maryam. 

Ciri-ciri Baju Muslimah

Sebelum kami sneak peak koleksi pakaian muslimah di Mily Maryam, lebih manis jika kami kongsi ciri-ciri pakaian yang menepati syariah. 

Berikut merupakan ciri-ciri yang patut ada pada baju muslimah: 

  1.  Menutup aurat

Sebagai wanita muslimah, anda perlu memenuhi salah-satu tuntutan agama iaitu dengan menutup aurat dengan sempurna.

Dengan itu, anda perlu memastikan pakaian anda menutupi seluruh badan kecuali bahagian muka dan telapak tangan. 

Ini merupakan checklist yang pertama yang anda perlu patuh sepanjang masa.

  1.  Bukan sekadar untuk perhiasan

Yang seterusnya, pakaian muslimah bukan hanya perhiasan semata-mata. Ia perlu menutupi aurat anda dengan sempurna. 

Jika anda ingin mengikuti trend terkini, semestinya itu suatu perkara yang dibolehkan. Tetapi, jangan hanya berdandan dengan mengabaikan hukum agama. 

  1.  Longgar Dan Tidak Ketat

Syarat dalam memastikan aurat sebagai seorang muslimah lebih terjaga adalah pakaian itu tidak menampakkan bentuk tubuh badan. 

Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati ketika membeli pakaian di platform online. Pastikan anda membaca ruangan feedback terlebih dahulu. 

Pasti baju yang anda beli itu bersaiz longgar (seeloknya ambil satu saiz yang lebih besar daripada asal) dan tidak menampakkan bentuk badan. 

  1.  Kain Yang Tebal Dan Tidak jarang

Syarat yang terakhir adalah pastikan pakaian tersebut tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh badan mahupun warna kulit. 

Meskipun anda memakai inner baju, itu tidak menjamin bahawa bentuk tubuh badan anda “terhijab”. 

Bukankah lebih baik jika anda berbelanja pada pakaian muslimah yang memang sudah bagus kualitinya? Lebih jimat, selesa dan tahan lama!

Jom Tengok Pilihan Blouse Di Mily Maryam! 

  1.  Blouse Ummu Salamah 

blouse ummu salamah

Pilihan pertama kami iaitu blouse Ummu Salamah semestinya yang terbaik dan menepati citarasa para ibu. 

Ini disebabkan blaus ini bersifat ironless dan mother-friendly. 

Selain itu, blaus ini diperbuat daripada soft crepe. Ia merupakan material yang memberi efek dingin (flowy & breathable) kepada si pemakai. 

Jadi, koleksi ini amat sesuai dipakai di Malaysia yang iklimnya panas dan lembap. 

Dan, yang paling penting, baju ini mempunyai saiz sehingga 5XL. 

  1. Blouse Sarah 

blouse sarah

Jika anda teliti budaya orang Islam selain Malaysia, anda pasti tahu bahawa mereka mempunyai satu pakaian yang dijadikan sebagai fesyen dan telekung. 

Senang cerita, 2 in 1. 

Jika anda sedang mencari pakaian sebegitu, blaus Sarah semestinya menepati citarasa anda! 

Disebabkan ia boleh dijadikan sebagai telekung juga, maka setiap pembelian akan disertakan bersama mini pouch. 

Untuk koleksi ini, ia mempunyai 10 pilihan warna seperti Peach Cream, White, Soft Brown, Lilac, Mint Green dan lain-lain lagi. 

Cepat-cepat grab!

  1. Blouse Khimar Jemimah

blouse khimar jemimah

Yang seterusnya ialah blouse Khimar Jemimah. Ia dilengkapi satu complete set bersama sepasang seluar yang longgar. 

Ini memudahkan urusan beribadah apabila anda menunaikan haji/umrah di Tanah Suci.

Selain itu, ia diperbuat daripada kain fabrik yang lembut dan ringan. Jadi, ia mudah dan cepat kering apabila dicuci. 

Baca Juga: Telekung Luar Biasa

Tips Penjagaan Blouse

Pada bahagian ini, kami akan sertakan tips penjagaan blouse yang perlu diketahui oleh semua orang. 

Teruskan membaca! 

  1. Jangan rendam pakaian terlalu lama

rendam blouse tidak terlalu lama 

Pernahkah anda merendam pakaian lebih daripada sehari? 

Buat pengetahuan anda, anda hanya perlu merendam pakaian tersebut tidak melebihi daripada 30 minit. 

Jika lebih, ia akan meninggalkan bau hapak atau kepam yang tidak menyenangkan.

Selain itu, rendam pakaian terlalu lama boleh merosakkan kualiti pakaian tersebut. 

Hal ini disebabkan sabun pencuci baju mempunyai bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan kualitinya.

  1. Asingkan pakaian mengikut warna dan jenis material

Salah satu kesilapan besar yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah dengan merendam/ membasuh pakaian tanpa mengasingkannya. 

Baju berwarna gelap seperti hitam tidak boleh dibasuh sekali bersama baju yang berwarna cerah. Ia boleh menyebabkan warna yang bercapuk. 

Selain itu, pastikan anda tahu material pakaian tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda tersalah “teknik” ketika membasuh. 

  1. Jangan sental pakaian terlalu kuat

Penggunaan berus untuk menghilangkan pakaian semestinya satu keperluan. Tetapi, pastikan anda tidak terlalu kuat menyental kotoran pada pakaian. 

Anda pasti tidak mahu pakaian itu terkoyak atau kualitinya terjejas, bukan? 

Mana tidaknya, sentalan yang kuat boleh menyebabkan jahitan pakaian terbuka. Jadi, anda perlu berhati-hati ya! 

  1. Pastikan teknik jemuran pakaian anda betul

teknik jemur blouse

Jika basuh pakaian ada teknik betulnya, begitu juga ketika anda menjemur pakaian. 

Baju yang sudah dibasuh perlulah dijemur dengan secepatnya. Ini adalah untuk mengelak daripada baju tersebut berbau kepam atau hapak. 

Selain itu, pastikan anda inside-out-kan pakaian tersebut sebelum menjemur. Jika tidak, pakaian anda boleh luntur warna dek cahaya matahari yang terik. 

Tambahan pula, teknik ini juga adalah untuk memastikan bahagian tertentu tidak lembap. 

Pakaian yang lembap boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan ia menghasilkan bau yang kurang senang. 

Kesimpulannya, pakaian muslimah juga sudah memasuki trend terkini pada masa kini. 

Ini disebabkan sambutannya yang hangat dalam kalangan anak-anak muda dan juga orang dewasa.

Sebelum anda membeli pakaian muslimah di platform online, pastikan kualiti bajunya yang terbaik dan menepati syariah. Jika tidak, sia-sia saja wang yang sudah dibelanjakan. 

Jadi, anda boleh dapatkan pakaian muslimah yang berkualiti dan semestinya lain daripada yang lain hanya di Mily Maryam. One in a million! 

Anda hanya perlu klik pada pautan di bawah ini untuk dapatkan pakaian muslimah lokal yang terbaik di Malaysia! 

Dapatkan Pakaian Muslimah Mily Maryam Di Sini!



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping